KUCHING: Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS), Datuk Abdullah Saidol di Ibu Pejabat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini pada Isnin.
Rombongan NPC diketuai oleh Naib Presidennya yang juga Timbalan Pengarang Urusan Media Prima Berhad (Media Prima), Farrah Naz Karim, Bendahari NPC yang juga Timbalan Pengarang Kumpulan NST, Sharanjit Sing serta Pegawai Khas NPC yang juga Pengarah HazelComms, Magical Thinking People, Hazel Jasni.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah UKAS, Samuel Simon serta barisan Ketua-ketua Penolong Pengarah UKAS. -EDISI UKAS