Bangunan Persatuan Kedayan Limbang Perlu Dibina Segera

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LIMBANG: Bangunan Persatuan Kedayan Limbang (PKL) perlu dibina segera.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Pengerusi PKL dan ahli-ahli jawatankuasanya perlu memastikan kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan dipercepatkan.

Menurutnya, disebabkan pertukaran tapak bangunan, pelaksanaan projek bangunan PKL telah mengalami kelewatan, namun proses penyerahan hak milik tanah sudah selesai dilaksanakan.

“Pembangunan bangunan itu di tapak seluas 4 ekar akan bermula dengan kerja-kerja menembok.

"Apabila siap kelak, kapasiti dewan tersebut boleh memuatkan 500 hingga 600 orang dalam satu-satu masa," jelasnya semasa dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Kedayan Limbang di Dewan Suarah Limbang baru-baru ini.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Rahman turut mengumumkan peruntukan untuk aktiviti tahunan Persatuan Kedayan Limbang daripada sebanyak RM10,000 kepada RM15,000 bagi tahun 2024.

Turut hadir, Walikota Majlis Daerah Limbang Kr Sufian Mohat, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal serta tetamu jemputan lain. -EDISI UKAS