Pembangunan Di Lawas Perlu Dipercepatkan

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LAWAS: Pembangunan di kawasan Lawas perlu dipercepatkan dalam memastikan kemajuan seiring dengan kawasan-kawasan yang lain.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini memberikan gambaran kepada Lawas untuk mewujudkan segala kemudahan untuk keperluan penduduk Lawas termasuk multimedia dan pembangunan lain.

Menurutnya, pembinaan Lapangan Terbang yang lebih besar, pelabuhan laut dalam serta jalan raya termasuk laluan di sempadan yang perlu diutamakan.

“Ini adalah usaha untuk memastikan Lawas tidak ketinggalan dalam pembangunan," katanya semasa Program Seminar Pemerkasaan Harta Intelek 2024 Daerah Lawas di sini pada Khamis.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan Sarawak kini amat kukuh dari segi kewangan yang secara tidak langsung memastikan pembangunan di Lawas sentiasa ditingkatkan. -EDISI UKAS