Tapak Fertigasi Dan Hidroponik Sedia Peluang Pelajari Teknik Pertanian Moden

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SPAOH: Petani di Spaoh berpeluang mencuba dan mempelajari penggunaan teknik moden pertanian melalui penyediaan tapak fertigasi dan hidroponik.
 
Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata inisiatif ini membantu untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil pertanian.
 
Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan tapak fertigasi dan hidroponik di SMK Spaoh dan Pejabat Daerah Kecil Spaoh baru-baru ini.
 
Menyertai Datuk Amar Douglas Uggah ialah Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.
 
Turut hadir Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak Puan Roseline Mapong Sabai, Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) Abang Mohamed Abang Turkey, Setiausaha Majlis Daerah Betong Lister Clement Guwie dan Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Spaoh Denny Lim. - EDISI UKAS