Speaker DUN Sarawak Sumbang Geran Kepada Rumah Ibadat, Persatuan Di Balingian

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MUKAH: Sebanyak 16 surau, tiga masjid dan sebuah persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian menerima sumbangan daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Amar Mohamd Asfia sendiri di Surau Darul Ibadah, Kampung Sungai Alo, Mukah pada Khamis.  

Sebanyak RM205,000 disalurkan iaitu masing-masing sebanyak RM5,000 untuk surau, masing-masing RM10,000 untuk masjid, manakala Persatuan Melanau Mukah menerima RM15,000.

Berucap ringkas dalam majlis itu, beliau berkata sumbangan ini sedikit sebanyak membolehkan mereka melaksanakan program atau aktiviti di bulan Syawal ini.

Katanya, pemberian sumbangan dana ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membantu masyarakat sekitar melaksanakan pelbagai bentuk projek dan aktiviti yang menjurus kepada manfaat semua pihak. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dan Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip.-EDISI UKAS