Liga Setia Raja MuFA 2024 Mulakan Saingan

Disiarkan pada 01 Dec 2024
Sumber Berita: UKAS


MUKAH: Kejohanan Bola Sepak Liga Setia Raja MuFA 2024 (LSRM 2024) memulakan saingan dengan perlawanan pembukaan antara Squad Rhinos menentang Pertiga FT pada Sabtu.

Simbolik sepak mula perlawanan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Haji Arbi.

Sebanyak 17 pasukan menyertai edisi tahun ini bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah berupa wang tunai RM10,000 dengan menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah RM22,000.

LSRM dibahagikan dengan empat kumpulan di mana kumpulan A dibarisi pasukan Squad Rinos, Pertiga FT, Auslander FC, Jourdania dan IPDM FC.

Kumpulan B pula terdiri dari pasukan My Team, Sesuka FT, Al-Falah dan 80's Gen manakala kumpulan C terdiri dari Banqku FC, Legacy United FC, Press Metal dan Jepak 67.

Empat pasukan dari kumpulan D pula disertai oleh Leetonia Jr U20, Leetonia FC, PP Academy dan One Head Balingian FC.

LSRM 2024 adalah anjuran Persatuan Bola Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P.213 Mukah.

Liga yang bermula 30 November 2024 hingga 11 Januari 2025 akan menggunakan dua venue iaitu Padang Mesra MDDM dan Padang SCC Mukah sepanjang liga berlangsung.

Perlawanan petang itu dimenangi oleh Squad Rhinos dengan jaringan 15 gol tanpa balas mengatasi pasukan Pertiga FT.

Hadir sama ADUN Tellian Royston Valentine, Timbalan Residen Bahagian Mukah Safrie Saili, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip dan Pegawai Khas Pusat Khidmat P.213 Mukah Almalhakim Norshidi. - EDISI UKAS