200 Anggota APM Sarawak Meriahkan Majlis Ramah Tamah AidilfitriĀ 

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


DEBAK: Seramai 200 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri APM Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dewan Millennia, Debak baru-baru ini.

Turut memeriahkan majlis tamah tersebut ialah Pengarah APM Sarawak, Mohhtar Samat.

Berucap ringkas, beliau memberitahu, program seumpamanya diadakan selepas hampir 10 tahun tidak dilaksanakan melibatkan para pegawai dari seluruh negeri ini.

"Tahun ini adalah peluang yang terbaik bagi kita berkumpul dan bertanya khabar dan berkenalan bersama pegawai dari seluruh Sarawak. 

"Setelah hampir 10 tahun kita tidak mengadakan program melibatkan para pegawau dari luar Kuching, hari ini sekali lagi kita berjaya mengumpul pegawai dari Sematan sehingga ke Limbang," katanya. 

Selain itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam kerana banyak membantu dari segi bantuan dan penyediaan lokasi serta fasiliti bagi menyempurnakan sambutan pada hari tersebut. -EDISI UKAS