Objektif


1. Membangun dan melaksanakan rangka kerja pendigitalan yang kohesif dan berpandangan jauh bagi memacu transformasi perkhidmatan awam Sarawak, sejajar dengan piawaian nasional dan antarabangsa.

2. Memastikan pengurusan sumber kewangan yang berkesan dan cekap untuk menyokong transformasi digital yang mampan di seluruh perkhidmatan awam Sarawak.

3. Membina dan mengekalkan infrastruktur ICT yang moden, berdaya tahan, dan selamat yang untuk memenuhi keperluan operasi perkhidmatan awam Sarawak.

4. Memperkukuh amalan tadbir urus data bagi memastikan pengurusan data kerajaan yang selamat, tepat, dan cekap, serta membolehkan pembuatan keputusan dan pembangunan dasar yang berinformasi.

5. Memupuk budaya ICT yang kukuh mantap dalam perkhidmatan awam dengan memperkasakan kakitangan dengan kemahiran, peralatan, dan pemikiran yang kondusif bagi menerima perubahan digital.

6.Mengubah penyampaian perkhidmatan awam melalui platform digital yang bersepadu dan mesra pengguna yang memenuhi keperluan dan jangkaan rakyat Sarawak.

7. Mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelaraskan usaha pendigitalan Sarawak Selaras dengan dasar ICT nasional di samping mendapatkan sokongan untuk inisiatif tempatan.

8. Menyediakan mekanisme tadbir urus dan akauntabiliti yang kukuh untuk memastikan pelaksanaan program pendigitalan yang berjaya dan beretika.

9. Menggabungkan amalan mampan dalam usaha pendigitalan bagi memastikan manfaat jangka panjang untuk ekonomi, masyarakat, dan alam sekitar Sarawak.