Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
SKAS将通过Sarawak Pay支付,不是现金形式 |
古晋:砂拉越基本需求援助(SKAS)将通过砂拉越支付(Sarawak Pay)账户支付,作为帮助目标群体更有效地获得基本需求的措施。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,援助不是以现金形式发放。 他表示,砂政府当前的政策重点是确保每个人民,尤其是B40和M40群体,餐桌上永远有饭吃。 “我们制定一项名’SKAS’的政策,即砂拉越基本需求援助金,专门针对目标群体。不过,援助的方式不同,这种援助不是以现金形式提供的。相反,这援助金将通过砂拉越支付账户进行,资金只能用于购买基本必需品,如白米、食用油等。” 他是周三在砂拉越电视台(TVS)晚间播出2025年砂拉越财政预算案后,砂拉越总理特别访谈中,作此表示。 拿督巴丁宜阿邦佐哈里补充,砂拉越基本需求援助金预计将惠及约80万居民,涉及拨款总额4亿6000万令吉以实施这项举措。 “我们使用这种方法是因为有时,如果我们提供现金援助,它可能会被用于其他用途。我知道像新加坡这样的国家也使用这种方法。” 他补充,零售商店,包括乡村地区的零售商店,将注册为砂拉越支付商家,以确保援助受惠者能够满足基本需求。 “这项措施不仅帮助人们克服生活成本的挑战,而且还加强当地的经济体系。”-UKAS刊 |
View |
|
news |
Inisiatif Berkaitan Belia Tidak Pernah Dibantah Sebaliknya Disokong Kabinet Sarawak |
MUKAH: Kerajaan Sarawak mengambil serius masa depan golongan belia sebagai generasi penerus kepimpinan wilayah ini dengan menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan mereka melalui pelbagai inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga kini, setiap aktiviti mahupun program melibatkan belia yang dibawa ke peringkat kabinet tidak pernah mendapat tentangan. Menurut beliau, semua ahli kabinet sepakat dalam memahami pentingnya pembangunan belia untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan Sarawak pada masa depan. "Selalunya, kita tidak menghadapi tentangan, malah mendapat sokongan penuh daripada ahli kabinet, terutamanya dalam usaha menangani isu-isu sosial seperti penyalahgunaan dadah dan meningkatkan kemahiran belia dalam pelbagai bidang. "Keprihatinan ahli kabinet terhadap isu belia sangat tinggi, sehingga ada kalanya mereka bertanya sama ada cukup atau perlu ditambah lagi program-program tersebut bagi mencapai matlamat pembangunan belia yang lebih efektif,"ujarnya. Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan amanat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Majlis Pelancaran Rasmi Hari Belia Sarawak 2024 yang berlangsung di Dewan Hotel Kingwood Beach Resort, di sini pada Sabtu. Menjelas lanjut, Dato Sri Abdul Karim menekankan bahawa kerajaan Sarawak berusaha keras untuk memastikan tiada belia yang tertinggal atau terpinggir daripada arus pembangunan. Bagi merealisasikan matlamat ini, kementeriannya telah menyediakan pelbagai platform dan inisiatif, termasuk program latihan kemahiran, peluang keusahawanan, serta sokongan sosial yang dirancang khusus untuk memberi manfaat kepada belia Sarawak. "Seperti yang dikatakan dalam pepatah, ‘Jika kita hendak melihat masa depan negara, lihatlah keadaan belia hari ini'. "Apa yang saya lihat di seluruh Sarawak, belia kita sangat bersemangat dan berdaya saing..kepimpinan yang ada pada hari ini sudah cukup teratur dan saya yakin, belia yang kita bimbing sekarang akan meneruskan legasi kepimpinan pada masa depan ke arah yang lebih gemilang,"tambah beliau. Sementara itu, bercakap dalam sidang media, Dato Sri Abdul Karim memberitahu, motif utama sambutan ini bukan sahaja untuk meraikan pencapaian dan potensi belia Sarawak, tetapi juga untuk memberi penghormatan kepada usaha gigih belia yang telah membantu membangunkan Sarawak. "Setiap tahun kementerian saya akan menetapkan satu tarikh untuk kita secara simboliknya memperingati pentingnya peranan belia dalam pembangunan wilayah ini. "Banyak aktiviti dan program yang bersangkut paut dengan belia diadakan, di samping penganugerahan juga diberikan kepada tokoh-tokoh belia yang terpilih, dengan harapan agar ia akan memberi inspirasi kepada belia-belia lain untuk sentiasa memberi kepentingan kepada masyarakat, di samping mengemblengkan tenaga untuk membangun diri sendiri, keluarga dan negara,"ujarnya lagi. Terdahulu, Dato Sri Abdul Karim telah mewakili Premier Sarawak menyampaikan Anugerah Belia Sarawak 2024 kepada para penerima iaitu Persatuan Belia Miri dan Persatuan Junior Chamber International Sibu bagi kategori pertubuhan, manakala kategori Individu lelaki dan wanita pula, penerimanya ialah Mattasan Bohari dan Debbie Gibson Medan. Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine, ADUN Daro Safiee Ahmad, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh serta beberapa kenamaan yang lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Nelayan Beladin Lega, Boleh Pindah Ke Penempatan Semula Nelayan Sebelum Hari Raya 2025 |
BELADIN: Golongan nelayan di kawasan Beladin boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan berpindah ke Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin sebelum sambutan Hari Raya tahun 2025. Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel sambil berharap isu tersebut dapat diatasi dengan segera bagi mengelak peningkatan kerosakan terhadap rumah yang terbiar lama tersebut hingga mengakibatkan peningkatan kos baikpulih. Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Tapak Rural Growth Centre (RGC) Beladin dan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin pada Sabtu. Difahamkan, terdapat 68 buah rumah PSN yang sudah siap dibina namun belum didiami sehingga penempatan tersebut rosak dan menjadi sarang masalah sosial dalam kalangan belia di situ. Mengenai isu kekurangan pegawai polis di kawasan Beladin, Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah memberi jaminan akan berusaha untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak atasan. Mengulas isu berbangkit lain, beliau memberitahu telah memaklumkan kepada Unit Permantauan Pelaksanaan Sarawak mengenainya untuk mencari solusi terbaik. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata terdapat empat projek yang dilawati pihaknya bersama Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah. Menurut beliau, projek Kompleks pendaratan ikan Beladin hampir 10 tahun pembinaannya namun sehingga kini belum beroperasi lagi sehingga banyak kerosakan yang telah berlaku. Selain itu katanya, projek pusat penjaja RGC juga merupakan projek sakit di kawasan itu kerana hampir tiga tahun pembinaan namun belum beroperasi sehingga kini dan terdapat kerosakan pada bangunan tersebut. Manakala isu penempatan pegawai polis di kawasan Beladin juga menjadi bualan masyarakat di situ kerana ianya tidak mencukupi dan perlu ditambah memandangkan kampung Beladin merupakan kampung Melayu terbesar di Betong serta mempunyai masalah sosial yang tinggi. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Fahami Kepentingan Tadbir Urus Baik & Produktiviti Perkhidmatan Awam |
KUCHING: Tadbir urus yang baik bukan sekadar memerangi rasuah, malah ia merangkumi usaha mewujudkan amalan kerja beretika dan budaya pembelajaran berterusan. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tadbir urus melangkaui isu integriti, memerlukan penjawat awam untuk bersikap proaktif dan mengutamakan kecekapan dalam tugas mereka. “Tadbir urus yang baik melibatkan pemahaman terhadap kepentingan kerja kita, bukan sekadar melengkapkan tugas tanpa tujuan," katanya. Beliau berkata demikian semasa sambutan Hari Tadbir Urus Baik dan Integriti Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) baru-baru ini. Beliau juga menyeru pegawai kanan untuk membimbing kakitangan junior dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka serta menyediakan latihan yang diperlukan. “Usaha ini penting untuk pertumbuhan organisasi dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan," tegasnya lagi. Menyentuh mengenai projek kementerian, Dato Sri Lee berkongsi perkembangan mengenai inisiatif tenaga hijau dan rancangan untuk lapangan terbang antarabangsa baharu. Majlis itu turut menyaksikan penandatanganan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Datu Wong Hee Sieng dan Ketua Siasatan MACC Negeri Sarawak, Katherine Nais. Antara yang hadir termasuk Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Setiausaha Tetap MOTS Selamat Jati Yanjah, Pengawal Lembaga Sungai Sarawak Lt. Kol. (B) Ding Tiew Wong, dan Penolong Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Noraini Abu Bakar. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Visi Aerotropolis Sarawak: Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Pacu Pertumbuhan Ekonomi |
KUCHING: Sarawak bersedia untuk mentransformasikan landskap ekonomi dan kesalinghubungan dengan pembangunan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu, yang dirancang menjadi pusat kepada aerotropolis yang menjanjikan impak besar kepada negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, menggariskan visi ambisius ini semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-5 Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) yang berlangsung pada 5 Disember di Hotel Imperial Kuching. Beliau menekankan bahawa projek ini bukan sekadar peningkatan infrastruktur, tetapi peluang transformasi untuk masa depan Sarawak. "Sarawak sedang memasuki era baru yang penuh dengan potensi, dan di sinilah Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) akan memainkan peranan penting," katanya, sambil menekankan potensi lapangan terbang yang dicadangkan itu untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, dan meningkatkan keterhubungan. Menurut beliau, MOTS merancang untuk memulakan kajian kebolehlaksanaan pada awal tahun depan bagi menentukan lokasi terbaik untuk lapangan terbang tersebut, dengan memastikan setiap aspek, termasuk laluan penerbangan, dirancang dengan teliti. Dato Sri Lee turut menyampaikan penghargaan kepada para pemegang kepentingan atas sokongan berterusan mereka dan menyeru kerjasama yang lebih kukuh dalam merealisasikan projek transformasi ini. "Lapangan terbang baharu ini akan menjadi pemacu perubahan yang besar, memacu pembangunan ekonomi Sarawak dan menjadikan kita sebagai hab serantau," tambahnya. Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap MOTS Datu Wong Hee Sieng, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datu Sirai Daha, serta Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) Datu Chiew Chee Yau. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sosek MALINDO Eratkan Hubungan Dua Hala |
INDONESIA: Program Sosek MALINDO yang diadakan setiap tahun berjaya mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya antara Tebedu dan Entikong. Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalid Manap, berharap hubungan baik ini terus dipertahankan demi kepentingan kedua negara. Menurutnya, program ini tidak hanya merangkumi sukan, tetapi juga memperkukuh silaturahim dan kerjasama antara rakyat dan penjawat awam di sempadan. Abdul Khalid turut berbangga atas komitmen Bahagian Serian terutamanya Pejabat Daerah Tebedu dalam melaksanakan program ini. Katanya sejak 22 tahun lalu, program ini dianjurkan secara bergilir-gilir, dengan Indonesia menjadi tuan rumah pada tahun ini. Beliau berharap program Sosek MALINDO dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sukan di kedua negara. Antara sukan yang dipertandingkan termasuk sukan rakyat, badminton, futsal, dan bola tampar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Seminar Perjanjian Damai Kapit 100 Tahun Bukan Ungkit Luka Lama |
KAPIT: Seminar Perjanjian Damai Kapit 100 Tahun bukan untuk mengungkit luka lama namun untuk meraikan keamanan, kata Datuk Wilson Ugak Kumbong. Menteri Digital itu berkata ia bagi menghormati keamanan sebagai simbol kekuatan komuniti mereka, hubungan yang dibina, dan komitmen masyarakat yang menandatangi perjanjian untuk masa depan yang lebih baik bersama. “Apa salahnya untuk meraikan keamanan? Ia mewakili penyembuhan, perdamaian, dan kemajuan bagi semua orang. “Tanpa keamanan, dunia kita akan berpecah dan penuh kesulitan. Dengan meraikan keamanan, kita membina asas yang lebih kukuh untuk pemahaman dan perpaduan,” katanya demikian ketika berucap Majlis Makan Malam Sempena Penutupan Seminar tersebut di sebuah hotel di sini pada Sabtu. Ahli Parlimen Hulu Rajang itu menambah, sambutan perjanjian ini melalui pertukaran hadiah, upacara dan hubungan yang mengutamakan hormat-menghormati turut membantu menamatkan konflik antara masyarakat Iban dan Orang Ulu (Kayan, Kenyah, dan Kajang) yang ditandatangani pada 16 November 1924. Jelasnya, ia membuka jalan kepada keamanan dan hubungan baik yang berterusan di kalangan masyarakat Iban, Kayan, Kenyah, dan komuniti setempat yang lain. “Kesan perjanjian ini masih dapat dilihat hingga ke hari ini melalui perpaduan dan perkahwinan campur yang membentuk budaya Sarawak yang kita cintai,” ujarnya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Peserta Hari Belia Sarawak 2024 Teruja dengan Persembahan Amy Search di Malam Soul Concert |
MUKAH: Peminat penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search, tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka menyaksikan persembahan luar biasa beliau pada malam Soul Concert yang berlangsung di Kingwood Resort Mukah pada Sabtu. Soul Consert ini merupakan sebahagian daripada acara sambutan Hari Belia Sarawak 2024. Amy Search, atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Abdul Rahman, tampil memukau dengan menyampaikan lima lagu popularnya. Persembahan dimulakan dengan lagu Rozana, diikuti Kerja Gila, Isabella, Tiada Lagi dan diakhiri dengan Pawana. Gaya persembahannya yang bersahaja tetapi penuh tenaga memberikan kenangan terindah buat para peminat, khususnya dari Mukah dan kawasan sekitarnya. Acara turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan Setiausaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Morshidi Frederick. Selain Amy Search, persembahan pembukaan dan penutup turut menampilkan kumpulan Masmona dari Semporna, Sabah. Dengan persembahan yang bertenaga, Masmona berjaya memeriahkan suasana dengan mengajak tetamu kehormat dan penonton untuk menari poco-poco bersama di atas pentas. Hari Belia Sarawak 2024 yang berlangsung dari 4 hingga 8 Disember, dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg Hari Belia Sarawak, satu sambutan untuk meraikan semangat muda dan pemimpin masa depan Sarawak dimana acara tahunan ini dianjur khas untuk mengiktiraf dan memperkasakan belia di bumi Sarawak, memberi platform untuk mereka mempamerkan bakat, menyertai aktiviti yang bermakna, dan menginspirasi perubahan positif dalam komuniti mereka. Dengan sambutan meriah dan persembahan ikonik daripada Amy Search, acara ini pastinya menjadi kenangan manis bagi peminat dan warga Sarawak. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越内阁支持青年倡议,从未反对 |
沐胶:砂拉越政府认真看待青年作为砂拉越下一代领导层的未来,并通过策划和实施各种举措,展现了对他们发展的坚定承诺。 砂拉越青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林表示,迄今为止,每一项带到内阁的青年活动或计划都从未遭到反对。 他表示,所有内阁成员都了解青年发展的重要性,以确保砂拉越未来的进步和繁荣。 “大多数时候,我们不会遭到反对,而是获得内阁成员的全力支持,尤其是在解决吸毒等社会问题和提高各领域青年技能方面的努力。内阁成员非常关注青年问题,因此他们有时会问这些计划是否足够或是否需要增加,以实现更有效的青年发展目标。” 拿督斯里阿都卡林于周六在晶木海滨度假酒店举行的2024年砂拉越青年日上致词时,这么说。 他进一步解释说,砂拉越政府正在努力确保没有青年在当前的发展中被抛下或边缘化。 为了实现这一目标,他的部门也提供了各种平台和举措,包括技能培训计划、创业机会以及专门为砂拉越青年提供的社会支持。 “俗话说,‘要想看到国家的未来,就看今天青年的状况’。我在全砂所看到的是,我们的青年非常热情和有竞争力......今天存在的领导层都非常有组织,我相信我们现在引导的青年们将在未来继续领导的遗产,走向更辉煌的方向。” 稍后,拿督斯里阿都卡林在新闻发布会上表示,这项庆祝活动的主要目的除了庆祝砂拉越青年在发展砂拉越的成就和潜力,也是向砂拉越青年的不懈努力致敬。 “每年,我的部门都会设定一个日期,象征性地纪念青年在砂发展中的重要作用。同时,也会举办许多与青年相关的活动和项目,并会颁奖给青年,期望这些举措能激励其他青年,鼓励他们时刻关注社会,同时汇聚力量,致力于自我发展、家庭建设和国家发展。” 早前,拿督斯里阿都卡林也代表砂拉越总理,颁发2024年砂拉越青年奖。在组织类别,美里青年协会获得冠军,亚军是来自诗巫国际青商会,而在男女个人组方面,获奖者分别是马塔山和黛比吉布森。 同时,马来西亚纪录大全奖也颁发给了几位年轻人,他们成功创造迄今为止使用最多饮料瓶盖在壁画上创作的记录。 出席获得的还有砂拉越青年、体育及企业家发展部副部长拿督杰拉德、砂拉越副政府秘书(行动)拿督许赞麒、特连区立法议员罗斯顿、达佬区立法议员沙菲益阿末、万年烟区立法议员阿都拉耶谷、沐胶省长拿督郭利波及其他贵宾。- UKAS刊 |
View |
|
news |
砂元首伉俪出席2024年砂拉越国际音乐艺术节 |
古晋: 2024年砂拉越国际音乐艺术节 (SIFMA) 于周六晚上在砂议会大厦隆重登场,融合了世界一流的音乐、舞蹈与时尚的音乐艺术节也令现场观众叹为观止。 砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士与砂元首后杜潘拿督巴丁宜弗兹雅也出席观赏2024年砂拉越国际音乐艺术节。 砂拉越国际音乐艺术节主席婕拉丁博士也强调各领域艺术团结对于增强砂拉越艺术、文化和旅游业的重要性。 “我们正在寻找一个中间点,让时尚和造型与这个音乐节的音乐相结合并和谐发展。这将是一次渗透并应用于时尚、珠宝艺术和手工艺以及作为砂拉越国际音乐艺术节核心表演的合作。这项努力预计将使砂拉越国际音乐艺术节成为艺术团结的平台,实现所有艺术分支之间共生合作的统一。” 2024年砂拉越国际音乐艺术节汇聚了Gilbert De Greeve, Dr. Poom Prommachart以及来自菲律宾的Halili-Cruz舞蹈团和来自马来亚大学的KESUMA呈现精彩表演。 同样引人注目的还有砂拉越著名设计师拿督 Raymond Jolly和著名男士时装设计师Bon Zainul Harun的时装表演。 超过100名来自国内外的艺术家参与了第5届艺术节,使其成为展现创造力和艺术才华的主要平台。 出席活动者还有砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林、副部长拿督史诺丹拉旺以及常务秘书拿督瑟琳娜。-UKAS刊 |
View |
| FirstPrevious1451145214531454145514561457145814591460NextLast |