23 - 29 Ogos 2026 - Service Sarawak Serian telah dijemput untuk membuka booth perkhidmatan awam sempena Karnival Siburan 2026 yang diadakan di Eastern Mall, Siburan bermula 23 Ogos 2026 hingga 29 Ogos 2026.
Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk membantu pengunjung mengemas kini maklumat serta urusan pendaftaran akaun Sarawak Pass dan S Pay Global. Selain itu, pengunjung turut dibantu mendaftarkan bil utiliti melalui aplikasi Service Sarawak, di samping diberikan tunjuk ajar mengenai cara penggunaan aplikasi tersebut serta kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak, khususnya kepada penduduk di kawasan Siburan.