Service Sarawak Lawas - Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan KMKK dalam Penjagaan Alam Sekitar ke Arah Pembangunan Mampan Siri 2/2026 Daerah Lawas
24 Ogos 2026 - Service Sarawak Lawas telah menerima jemputan daripada Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak sebagai pempamer di dalam Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan KMKK dalam Penjagaan Alam Sekitar ke Arah Pembangunan Mampan Siri 2/2026 Daerah Lawas yang diadakan di Hotel Roxy Lawas bagi mempromosi perkhidmatan Service Sarawak dan Sarawak Pass. Program tersebut adalah salah satu inisiatif untuk memperkasa peranan KMKK sebagai barisan hadapan bagi membantu kerajaan mengesan lebih awal sebarang aktiviti pembangunan yang berpotensi menjejaskan alam sekitar di Daerah Lawas. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan.
PENGISIAN PROGRAM :
1/ Kaunter Pendaftaran Sarawak Pass, Kemaskini Sarawak Pass, KGC.
2/Muat turun aplikasi Service Sarawak dan subscribe pembayaran bill secara dalam talian.
3/Kaunter pertanyaan