Service Sarawak Betong - KOMPAK (Komuniti Prihatin, Aktif Dan Kompeten) Siri 1/2026
17 Ogos 2026 - Service Sarawak Betong telah menyertai bersama di dalam program KOMPAK (Komuniti Prihatin, Aktif Dan Kompeten) Siri 1/2026 yang diadakan di Dewan Perpaduan Debak.
Objektif Program:
1. Pengenalan kepada Service Sarawak Betong.
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak.
3. Menggalakkan pendaftaran dan penggunaan aplikasi SarawakPass, Spay Global dan Service Sarawak.
4. Memberi pendedahan tentang fungsi, manfaat dan cara penggunaan aplikasi kepada peserta program yang terlibat.
5. Pengaktifan Kenyalang Gold Card.
Aktiviti yang dilaksanakan:
1. Membantu peserta program untuk mendaftar akaun Sarawak Pass, Spay Global, Aplikasi Service Sarawak.
2. Mempromosi aplikasi digital Service Sarawak.
3. Membantu peserta program mengaktifkan Kenyalang Gold Card.
4. Membantu pelanggan mengemaskini nombor telefon, menukar semula kata laluan SarawakPass/Spay dan membuat pengaktifan akaun SarawakPass/Spay.
5. Memberi pencerahan kepada soalan-soalan peserta program yang bertanya mengenai bantuan kerajaan, manfaat KGC, cara memohon SCHB dan sebagainya.