Service Sarawak Sri Aman - Jemputan Penceramah Bagi Sambutan Hari Wanita Sri Aman 2026
2 Ogos 2026 - Service Sarawak Sri Aman telah menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di dalam program bagi Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Sri Aman Tahun 2026: Sarawak Women In Digital Economy yang melibatkan Ketua Kampung dan Pegawai Pejabat Daerah Sri Aman.
Objektif Program:
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak.
2. Mempromosi aplikasi SarawakPass, SPay Global dan Service Sarawak.
3. Memberi pendedahan tentang Pusat Service Sarawak serta cara penggunaan Aplikasi Service Sarawak dan Sarawak Pass kepada orang awam.