Service Sarawak Sibu - Program Karnival Sarawakku Membaca Bersama Pemimpin Sarawak
1 Ogos 2026 - Service Sarawak Sibu telah dijemput untuk membuka booth pameran dan kaunter khidmat nasihat di Program Karnival Sarawakku Membaca Bersama Pemimpin Sarawak yang diadakan di Dewan Serbaguna Kpg Teh, Mukah. Program juga dihadiri oleh YB Encik Abdul Yakub Bin Haji Arbi Adun N.58 Balingian.
Tujuan Pusat Service Sarawak Sibu menerima jemputan program ini adalah untuk memperkenalkan, menyedar akan penggunaan SarawakPass dan pengemaskinian maklumat SarawakPass di samping memberikan perkhidmatan Digital berkaitan dengan aplikasi Service Sarawak, bantuan yang disalurkan melalui digital oleh kerajaan Negeri kepada orang awam. Terdapat juga pengunjung yang bertanya tentang Kad Virtual Kenyalang Gold Card (KGC) serta fungsi aplikasi service sarawak.