Service Sarawak Sibu - Hari Bersama Pelanggan Pusat Service Sarawak Sibu 2026
25 Julai 2026 - Service Sarawak Sibu telah mengadakan program HBP PSS Sibu 2026 bagi mengeratkan hubungan dengan pelanggan dan mendedahkan lagi servis yang dilaksanakan serta membantu orang awam untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai aplikasi-aplikasi terkini yang disediakan oleh agensi kerajaan bagi tujuan pembayaran bil dan lain-lain serta menerangkan fokus kerajaan untuk bergerak ke arah digital.
Aktiviti yang dilaksanakan:
1. Kaunter Go Digital - penglibatan semua agensi untuk membantu orang awam dari segi pendaftaran sehingga selesai
2. Tayangan Video - video montaj mengenai servis yang ditawarkan di PSS serta aktiviti promosi yang dilakukan oleh PSS Sibu
3. Game Zone - Aktiviti santai bersama pelanggan bermain permainan video Mobile Legend 1V1
4. Stesen Kita Kongsi - Pengagihan barangan "preloved" secara percuma kepada orang awam
5. Jajan Corner - berkongsi kudapan kepada orang awam yang hadir ke HBP