Service Sarawak Betong - Hari Bersama Pelanggan Anjuran UKAS 2026 Maludam
18 Julai 2026 - Service Sarawak Betong telah dijemput sebagai pempamer dan penceramah untuk Program Hari Bersama Pelanggan ajuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Tujuan utama program ialah untuk mendekatlan lagi perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat setempat. Dianggarkan seramai 100 penduduk telah hadir memeriahkan suasana dalam kalangan ibubapa, remaja, kanak-kanak dan KMKK serta JKK Kampung di daerah Pusa.
Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Dayang Noorazah Bte Awang Sohor, Ahli DUN N.28 Lingga.