Service Sarawak Sarikei - Taklimat kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Meradong
29 April 2026 - Service Sarawak Sarikei telah mengadakan Taklimat Pusat Service Sarawak dan Perkhidmatan Kerajaan Sarawak kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Meradong pada 29 & 30 April 2026 diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Meradaong.
Objektif program dan pengisian aktiviti:
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak melalui penggunaan platform SarawakPass
2. Meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan keselamatan siber (contohnya pengurusan kata laluan, nombor telefon dan peranti).
3. Memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar mengenai agenda PCDS 2030, khususnya dalam aspek transformasi digital dan pembangunan modal insan.
4. Menggalakkan pendaftaran akaun SarawakPass sebagai identiti tunggal untuk mengakses perkhidmatan kerajaan.
5. Memberi bimbingan secara langsung (hands-on) bagi meningkatkan kemahiran penggunaan perkhidmatan digital .