Service Sarawak Serian - Cashless Week and Subscribe Bills
27 - 30 April 2026 - Service Sarawak Serian telah mengadakan program Cashless Week and Subscribe Bills selama 4 hari dan diselitkan bersama aktiviti seperti kuiz dan menyusun puzzle.
Program Cashless Week and Subscribe Bills ini bertujuan menggalak pengunjung membayar bil di kiosk Service Sarawak serta memberi pendedahan mengenai kebaikan aplikasi Service Sarawak dan pembayaran bil atas talian.Program ini juga diselitkan dengan aktiviti menjawab kuiz yang berkaitan dengan Service Sarawak dan Sarawak Pass selepas membuat sedikit perkongsian kepada pengunjung. Aktiviti menyusun puzzle juga dilakukan bagi memeriahkan lagi program ini.Sekian