Service Sarawak Kuching - Program Hari Bersama Pelanggan UKAS Kuching
18 April 2026 - Service Sarawak Kuching telah dijemput sebagai penceramah untuk program Hari Bersama Pelanggan UKAS Kuching yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Dimana di dalam program ini, pihak UKAS ingin mendekatkan lagi perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat. Pendekatan ini dapat memberi perkhidmatan terus kepada ketua masyarakat dan ketua kaum yang hadir bagi membolehkan mereka mengakses kepada inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.
Seramai 63 orang KMKK hadir dalam Program tersebut.Program tersebut dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Awang Putrayusrie Bin Awang Redzuan, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak.
Aktiviti utama yang telah dijalankan :
✅Sesi perkongsian mengenai Sarawakpass
✅Mengemaskini Sarawakpass
✅Memperkenalkan Sarawakpass dan perkhidmatan atas talian Kerajaan
✅Pendaftaran Aplikasi Talikhidmat