Service Sarawak Sri Aman - Sesi Perkongsian bersama JKM Sri Aman
15 April 2026 - Service Sarawak Sri Aman telah mengadakan Sesi Perkongsian bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman yang diadakan di Kompleks Penyayang Sri Aman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman.
Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Sharifah Mordiah Bt Syed Ali selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat bahagian Sri Aman, bersama 24 orang kakitangan jabatan tersebut.
Melalui program ini, penekanan telah diberikan terhadap kepentingan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kakitangan kerajaan, khususnya berkaitan penggunaan SarawakPass serta DSign.
Pengisian Program:
1. Pengenalan kepada Service Sarawak.
2. Perkongsian mengenai SarawakPass.
3. Perkongsian mengenai Dsign.
4. Tatacara penggunaan Dsign.