13 April 2026 - Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan kepada Datu Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Digital merangkap TSUK (Operasi), bertempat di Pejabat TSUK, Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Datu Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, bersama Nik Zalbiah Nik Mat, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, serta barisan pengarah daripada Jabatan Digital Negara (JDN).
Sesi ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik serta membincangkan usaha kerjasama dalam memperkasa agenda pendigitalan perkhidmatan awam di peringkat negeri dan persekutuan.