Service Sarawak Sarikei - Sesi Taklimat bersama penduduk Rh. Mambang, Ng. Lingah Julau
8 April 2026 - Service Sarawak Sarikei telah mengadakan Taklimat Pusat Service Sarawak dan Perkhidmatan Kerajaan Digital kepada penduduk di Rh. Mambang, Ng. Lingah Julau. Program dijalankan bermula pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang di mana pada waktu pagi adalah sedikit perkongsian berkenaan latar belakang serta fungsi-fungsi Pusat Service Sarawak, PCDS 2030, serta perkhidmatan Digital Kerajaan Sarawak. Kami juga ada membuka booth untuk urusan perkhidmatan secara atas talian. Seramai 136 orang telah menghadiri program tersebut.
Aktiviti dijalankan :
1. Pendaftaran SarawakPass – 4 orang
2. Kemaskini kata laluan SarawakPass dan Spay Global – 7 orang
3. Kemaskini SarawakPass dan Spay Global – 8 orang
4. Semakan kelayakkan SCHB – 3 orang
5. Permohonan SCHB – 3 orang
6. Mengaktifkan KGC secara online – 16 orang
7. Daftar waris pemegang KGC Virtual – 13 orang
8. Pertanyaan dan pendaftaran MyDigital ID – 2 orang
9. Talikhidmat berkaitan OKU yang layak menerima SKAS – seorang
10. Pertukaran device Spay – 7 orang
11. Muat turun aplikasi SarawakPass – 19 orang
12. Penebusan SKAS – 4 orang
13. Semakan STR – 3 orang
Sebanyak 90 perkhidmatan yang telah dibuat di Booth Service Sarawak di Rh. Mambang, Ng. Lingah Julau.