8-9 April 2026 - Satu Workshop to Review the Draft ICT Circulars 2026 telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2026 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), dengan penglibatan pelbagai agensi Kerajaan Negeri Sarawak.
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan serta meneliti draf beberapa pekeliling ICT bagi tahun 2026, merangkumi aspek pengurusan digital dan pemerkasaan perkhidmatan awam. Antara pekeliling yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Pekeliling Pengurusan Media Sosial
Pekeliling Pengurusan Portal Web
Pekeliling DSign
Pelaksanaan Penilaian Literasi Digital (SCS Digital Literacy) 2026 bagi Penjawat Awam Sarawak
Pelaksanaan dan Penggunaan Platform Dayang AI Chatbot untuk Perkhidmatan Awam Sarawak
Pekeliling Portal Pengurusan Data Negeri (State Data Management System - SDMS)