Service Sarawak Betong - Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Betong
18 March 2026 - Service Sarawak Betong telah dijemput bersama untuk membuka kaunter perkhidmatan bagi memeriahkan lagi pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Betong yang diadakan di Dewan Masyarakat Spaoh.
Pusat service sarawak Betong betugas bersama kaunter perkhidmatan Pejabat Daerah Betong & Pejabat Residen Betong dalam membantu semakan, pengemaskinian Spay Global dan sebagainya.
Pelancaran ini dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan juga ketua ketua Masyarakat di sekitar Bahagian Betong.
Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak, merangkap ADUN N.37 Bukit Saban bersama tetamu kehormat.
Aktiviti dijalankan:
1. Menyemak kelayakan penerima SKAS
2. Membantu pengemaskinian aplikasi Spay Global
3. Membantu pengemaskinian data SarawakPass seperi pertukaran nombor telefon dan pertukaran kata laluan.
4. Membantu membuat aduan masalah aplikasi kepada Spay Global Team seperti akaun tidak aktif (suspended) dan telefon yang tidak dapat digunakan untuk pengesahan (verify)