Service Sarawak Miri - Other Religions Service Management System (ORSEM) UNIFOR Roadshow
25 & 26 Februari 2026 - Service Sarawak Miri telah bersama di dalam program "Other Religions Service Management System (ORSEM) UNIFOR Roadshow" yang diadakan di Parkcity Everly Hotel Bintulu.
Pusat Service Sarawak Miri telah dijemput oleh UNIFOR bagi membantu proses pendaftaran dan kemas kini maklumat rumah-rumah ibadat melibatkan perkhidmatan berikut:
1. SarawakPass ID
2. SarawakPass ID Corporate
3. Profile Record Registration for Houses of Worship
4. Profile Record Update for Houses of Worship
Objektif Program
1. Membantu rumah-rumah ibadat di sekitar Bintulu mendaftarkan SarawakPass ID dan SarawakPass ID Corporate.
2. Memberi pendedahan dan pemahaman kepada pihak pengurusan rumah ibadat mengenai penggunaan SarawakPass.
3. Menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan kepada rumah-rumah ibadat di Sarawak.
4. Mengurangkan kekeliruan dan kesilapan semasa proses pendaftaran melalui bimbingan secara bersemuka.