Service Sarawak Betong & Sri Aman - Program Outreach “Kamek Prihatin, Kitak Penting” anjuran KPWK
14-15 Februari 2026 - Service Sarawak Betong bersama tenaga sokongan Service Sarawak Sri Aman telah menyertai Program Outreach “Kamek Prihatin, Kitak Penting” Anjuran KPWK, Zon Betong 2026 yang diadakan di Dewan Masyarakat Spaoh.
Objektif program dan pengisian aktiviti:
1. Pengenalan dan pendedahan mengenai perkhidmatan yang disediakan Service Sarawak
2. Pendedahan kepada SarawakPass dan mengemaskini Spay Global
3. Pengaktifan Kenyalang Gold Card
4. Penerangan tentang kepentingan, kelebihan dan kegunaan SarawakPass dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri
Hasil daripada 2 hari program tersebut, Pusat Service Sarawak Betong telah menerima sekurang-kurangnya sebanyak 200 pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Kebanyakan pengunjung telah mempunyai SarawakPass dan Spay Global. Namun ramai tidak peka dan kurang pendedahan akan penjagaan maklumat peribadi seperti sering menganggap bahawa SarawakPass dan Spay Global boleh digunakan oleh lebih dari satu individu. Disini juga kami memberi pendedahan dan juga perkongsian pengalaman kami kepada pengunjung secara individu akan kesan daripada mendedahkan maklumat peribadi dan perkongsian ID kepada orang lain. Sedikit sebanyak pengunjung agak terkesan dengan perkongsian tersebut dan berterima kasih kepada pegawai atas pemakluman yang disampaikan.