Service Sarawak Kuching & HQ SCSDU - Program Bengkel Other Religions Service Management (ORSEM) System
11 Februari 2026 - Service Sarawak Kuching bersama HQ SCSDU menyertai Program Bengkel Other Religions Service Management (ORSEM) System yang diadakan di Imperial Hotel Kuching.
Objektif dan Pengisian Program:
1) Memberikan perkhidmatan kepada rumah-rumah ibadat di Bahagian Selatan (Bau, Lundu, Padawan dan Kuching) dengan mendaftarkan dan mengemaskini SarawakPass dan SarawakPass Corporate melalui kerjasama antara Pusat Service Sarawak Kuching bersama UNIFOR.
2) Mengadakan perkongsian kepada pihak pengurusan rumah ibadat berkenaan penggunaan dan fungsi SarawakPass dan SarawakPass Corporate.
3) Melancarkan proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan kepada rumah-rumah ibadat di Sarawak.