7 Februari 2026 - Service Sarawak Miri (Seksyen Pembudayaan Digital dan Seksyen Hal Ehwal Sosial) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa sumbangan pembelian sofa kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri. Sumbangan tersebut telah dihantar dan diserahkan di Dewan Pusat Aktiviti Warga Emas Miri pada 7 Februari 2026.
Program ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk meningkatkan keselesaan golongan warga emas di PAWE Miri, di samping memupuk kesedaran dalam kalangan warga pejabat mengenai kepentingan amalan kebajikan serta tanggungjawab sosial.
Sumbangan ini adalah hasil kutipan derma daripada pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Service Sarawak Centre (SSC) Miri dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM1,770.00. Kesemua hasil kutipan tersebut telah digunakan sepenuhnya bagi pembelian sofa untuk kegunaan warga emas di pusat berkenaan.
Proses penyerahan sumbangan telah berjalan dengan lancar dan diterima dengan baik oleh pihak pengurusan Pusat Aktiviti Warga Emas Miri.
“Menderma bukan tentang seberapa banyak yang diberi, tetapi seberapa ikhlas niat di hati.”