26-30 Januari 2026 – Pusat Service Sarawak (PSS) Sarikei telah menganjurkan program Smart Digital Week yang berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 Januari 2026 di Pusat Service Sarawak Sarikei. Program yang diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan penyertaan semua pegawai PSS Sarikei dan bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman berkaitan perkhidmatan digital dalam kalangan pengunjung.
Objektif Program:
1. Pendaftaran dan mengemaskini Sarawak Pass.
2. Pendaftaran dan kemaskini Spay Global.
3. Pendaftaran dan kemaskini Kenyalang Gold Card.
4. Pendaftaran dan kemaskini Service Sarawak Apps.
5. Pendaftaran dan kemaskini Senior Citizen Health Benefit.
6. Pendaftaran dan kemaskini Bantuan Ibu Bersalin.
7. Pendaftaran dan kemaskini Endowment Fund Sarawak.
Pusat Service Sarawak Sarikei telah mengadakan Smart Digital Week bagi menjelaskan kepentingan Sarawak Pass. Sebahagian besar pengunjung yang datang ke program ini telah mengenali dan mempunyai pengalaman berurusan dengan Pusat Service Sarawak. Kami juga menyediakan perkhidmatan yang terdapat di Service Sarawak untuk memperluaskan pengetahuan para pengunjung tentang perkhidmatan lain yang terdapat di Service Sarawak. Tujuan utama program in diadakan untuk mendedahkan kepada para pelanggan tentang perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Sarawak dan memaksimumkan penggunaan aplikasi digital dalam kalangan Masyarakat pada masa kini.