Service Sarawak Miri - Kempen Minggu Kesedaran Bil Digital
26–30 Januari 2026 – Service Sarawak Miri telah menganjurkan Kempen Minggu Kesedaran Bil Digital yang berlangsung di Pusat Service Sarawak Miri dari 26 hingga 30 Januari 2026. Kempen ini melibatkan penyertaan pelanggan Service Sarawak Centre (SSC) Miri serta warga kerja UTC Miri.
Objektif Program:
1. Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan bil digital
2. Menggalakkan pendaftaran dan penggunaan bil secara digital melalui Aplikasi Service Sarawak
3. Menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan Kerajaan Sarawak
4. Mengurangkan kos cetakan bil sekaligus kelestarian alam sekitar
Antara aktiviti yang dilaksanakan:
1. Sesi one to one pendaftaran bil dalam talian & perkhidmatan lain
2. Sesi taklimat ringkas mengenai pengenalan Service Sarawak, SarawakPass dan inisiatif Kerajaan Sarawak
3. Maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan dalam talian
4. Sesi Kahoot & kuiz kesedaran bil digital
5. Pembayaran bil melalui kiosk