Service Sarawak Miri - Program Pejabat Bergerak UNIFOR di Zon Utara Bahagian Miri
26 - 28 Januari 2026 - Service Sarawak Miri telah dijemput oleh UNIFOR untuk membantu mendaftarkan Sarawakpass ID dan Sarawakpass ID Corporate rumah ibadat di dalam Program Pejabat Bergerak UNIFOR di Zon Utara Bahagian Miri di Pullman Hotel Miri & Pusat Khidmat DUN N.77 Telang Usan Miri.
Objektif Program and Pengisian Aktiviti:
1.Memberikan perkhidmatan Untuk membantu rumah-rumah ibadat di Miri mendaftarkan Sarawakpass ID dan Sarawakpass ID Corporate melalui kerjasama antara Pusat Service Sarawak Miri dan UNIFOR.
2.Memberi pendedahan dan pemahaman kepada pihak pengurusan rumah ibadat mengenai penggunaan Sarawakpass ID dan Sarawakpass ID Corporate.
3.Melancarkan proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan kepada rumah-rumah ibadat di Sarawak.
4.Mengurangkan kekeliruan dan kesilapan semasa proses pendaftaran melalui bimbingan secara langsung.