Service Sarawak Kuching - Pickleball Day SSC Kuching
24 Januari 2026, Kuching: Pusat Service Sarawak Kuching Pickleball Day telah dianjurkan pada 24 Januari 2026, bertempat di MUSCS Pickleball Arena (MPA) dari jam 6.00 petang hingga 8.00 petang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Service Sarawak Kuching.
Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada kakitangan Service Sarawak Kuching untuk beriadah dalam suasana santai, sekali gus memupuk semangat kerja berpasukan dan kesejahteraan fizikal serta mental. Program ini mendapat sambutan yang baik dan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.