9 Januari 2026 – Ibu pejabat SCSDU telah menerima lawatan daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan panduan serta pandangan YBhg. Datu Grace di dalam menyelaras strategi keselamatan siber dengan inisiatif pendigitalan negeri Sarawak untuk pembangunan Sarawak Cyber Security Strategy 2030.
Dalam lawatan tersebut, SMA turut membawa bersama perunding daripada PwC bagi mendapatkan input dan pandangan daripada SCSDU berkaitan landskap serta keperluan keselamatan siber di peringkat Perkhidmatan Awam Sarawak, sebagai input penting dalam pembangunan Sarawak Cyber Security Strategy 2030.