Service Sarawak Betong - Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak Dun N37 Bukit Saban
20/12/2025 - Service Sarawak Betong telah menyertai bersama Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak Dun N37 Bukit Saban yang diadakan di Rumah Rayong Nanga Lop, Ulu Rimbas Debak.
Objektif Program and Pengisian Aktiviti :
Pendaftaran dan mengemaskini aplikasi SarawakPass.
Mempromosikan aplikasi Service Sarawak & SarawakPass.
Mempromosikan perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak.
Secara keseluruhan program promosi Service Sarawak Betong berjalan dengan jayanya. Pelanggan yang berjaya membuat pengaktifan sPay dan membuat pendaftaran Sarawak pass buat pertama kali terus diberi peluang mendapatkan baucar sPay.
Daripada pemerhatian sepanjang program hari ini berjalan, ramai rakyat atau pengguna di kawasan Debak telah sedar mengenai kepentingan dan juga kegunaan Sarawak Pass dan sPay. Kesedaran rakyat ini juga berlaku disebabkan usaha sepanjang tahun pegawai-pegawai Service Sarawak Betong membuat aktiviti-aktiviti promosi di kawasan bahagian Betong.