Service Sarawak Sibu & Sarikei - Program Hari Bersama Pelanggan JBALB Kapit
19/11/2025 - Service Sarawak Sibu & Sarikei telah bergabung sama menjayakan Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Kapit yang diadakan di Dewan Suarah Kapit, Bahagian Kapit.
Pusat Service Sarawak Sibu dan Sarikei telah bergabung menyertai program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan digital yang disediakan oleh kerajaan, terutamanya bagi urusan bil air, JBALB. Program ini dihadiri oleh Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan juga orang awam yang turut serta memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Objektif utama yang ditetapkan untuk dicapai melalui sesi perkongsian maklumat dan pembukaan kaunter perkhidmatan adalah:
1. Pendaftaran dan Kemaskini SarawakPass.
2. Langganan Bil melalui Aplikasi Service Sarawak.
3. Pembayaran bil air secara online menggunakan aplikasi service sarawak dan juga spay global