Service Sarawak Kuching - Sesi Pendaftaran SarawakID di UNIMAS
29/4/2025 - Sesi Pendaftaran SarawakID telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kristal, BHEP UNIMAS. Program ini dianjurkan oleh Pusat Service Sarawak Kuching dengan kerjasama UNIMAS, MPP UNIMAS, dan Seksyen Kebajikan Pelajar UNIMAS.
Sebanyak 125 orang pelajar UNIMAS telah hadir dan mendaftar untuk mendapatkan SarawakID, yang merupakan langkah penting dalam memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital kerajaan negeri Sarawak. Selain itu, kakitangan Pusat Service Sarawak Kuching turut memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendaftar SPay Global, yang bertujuan memudahkan permohonan Bantuan Kewangan Khas: RM1200.
Program ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam menyediakan kemudahan digital yang lebih mudah diakses oleh pelajar Institusi Awam dan Swasta.