Sesi ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini, pencapaian utama serta inisiatif digital yang telah dan bakal dilaksanakan oleh SCSDU. Taklimat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh usaha digitalisasi perkhidmatan awam di Sarawak serta meningkatkan pemahaman pegawai terhadap inisiatif yang sedang dilaksanakan.