Service Sarawak Miri - Program Kasih Ramadhan 2025
21 Mac 2025 - Program CSR bertemakan "Program Kasih Ramadhan 1446H/2025M" di PSS Miri.
Program yang dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Program SSC Miri ini berjaya dilaksanakan hasil kutipan seikhlas hati bersama pegawai PSS Miri dan Seksyen Pengurusan Service Sarawak, dan agihan bubur telah diedarkan kepada orang awam dan rakan agensi bermula jam 230 petang tadi. Program sebegini bertujuan untuk menyemarakkan semangat bulan Ramadan di samping memupuk nilai kesedaran dan keprihatinan dengan berkongsi rezeki bersama.