Service Sarawak Kuching - Karnival Celik Kewangan Sarawak
15, 16 & 17 November 2024 - Pusat Service Sarawak Kuching telah memenuhi jemputan daripada Bank Negara Malaysia untuk membuka Booth Pameran bagi Karnival Celik Kewangan Sarawak bersempena dengan Bulan Literasi Kewangan (Financial Literacy Month 2024) dari 15 sehingga 17 November 2024 bertempat di Vivacity Megamall, Kuching. . Karnival ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menangani isu-isu literasi kewangan yang dihadapi oleh masyarakat. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang karnival berlangsung adalah :
- Pendaftaran SarawakID
- Melanggan bil dan membayar bil menggunakan aplikasi/ portal Service Sarawak (paperless)
- Menghebahkan initiative baru kerajaan sarawak seperti SCHB
Seramai 195 orang telah berkunjung ke booth sepanjang karnival ini berlansung.