Service Sarawak Sibu - Program bersama komuniti Rumah Panjang Dempi
13/11/2024, Sibu - Service Sarawak Sibu telah mengadakan program bersama komuniti Rumah Panjang Dempi di Rumah Dempi, Nanga Salim.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Sarawak ID serta membantu penduduk Rumah Panjang Dempi mendaftar dan mengemaskini Sarawak ID mereka bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan atas talian kerajaan negeri Sarawak. Selain itu, para pegawai juga membantu penduduk Rumah Panjang Dempi untuk memuat turun aplikasi Service Sarawak serta menerangkan tentang penggunaan aplikasi tersebut sekaligus membantu mereka membuat langganan bil bagi memudahkan semakan dan pembayaran bil melalui atas talian.