Lawatan dan Taklimat berkenaan Perkakasan, Perisian dan Rangkaian ICT di Bahagian Sri Aman
4/11/2024 Sri Aman, Pantu dan Lingga - SCSDU telah mengadakan Lawatan dan Taklimat berkenaan Perkakasan, Perisian dan Rangkaian ICT serta Peralatan Pejabat Perkhidmatan Awam Sarawak di Bahagian Sri Aman. Dua pasukan dibentuk diketuai oleh Cik Zulizawati Bt Bujang dan En. Nyuwynn Glen Fordza. Program ini turut disertai dua orang staf SAINS iaitu En Terrence dari SAINS Sri Aman dan En. Affandi dari SAINS Samarahan.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan penerangan berkenaan peranan SCSDU dan tanggungjawab jabatan/pejabat Kerajaan Sarawak Di Bahagian Sri Aman. Selain dari itu kita juga meninjau perkakasan dan peralatan pejabat yang dibekalkan oleh Unit ini untuk memastikan ia berada di dalam keadaan baik dan boleh guna.
Program ini telah diadakan pada 04-08 Nov 2024 melibatkan semua pejabat Kerajaan Sarawak di Sri Aman, Pantu dan Lingga.