Service Sarawak Sibu - Program Karnival Balau, Mukah
27/10/2024, Mukah - Pusat Service Sarawak Sibu telah dijemput oleh Jabatan Pertanian menjadi pempamer dan kaunter informasi digital untuk pendaftaran dan kemaskini SarawakID sempena Program Karnival Balau di Tebingan Sungai Dalat, Mukah bermula dari 25 sehingga 27 oktober 2024 (jumaat- -ahad) yang lepas.
Pusat Service Sarawak Sibu telah membantu seramai 40 orang pengunjung membuat pendaftaran baru SarawakID manakala untuk kemaskini pula seramai 20 orang.
Perkhidmatan Kaunter informasi digital SSC memberi pendedahan tentang kemudahan dan kecekapan memiliki SarawakID untuk mengakses perkhidmatan kerajaan secara terus atas talian kepada semua lapisan masyarakat.
Majlis penangguhan program tersebut disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N69 Kemena.