Service Sarawak Kuching - Lawatan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
23 Oktober 2024 - Hari ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah melawat SSC Kuching untuk mempelajari perkhidmatan bersepadu Kerajaan Sarawak yang berkonsepkan One Government At Your Service.
Rombongan ini terdiri daripada 10 kakitangan PKNK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat.
Terima kasih atas kunjungan ini, semoga lawatan ini memberi manfaat dan memperkukuh hubungan antara Sarawak dan Kedah.