Service Sarawak Kuching - Program Perkongsian SarawakPass dan Service Sarawak di Pejabat Daerah Bau
17 September 2026 - Service Sarawak Kuching telah mengadakan Program Perkongsian SarawakPass dan Service Sarawak bersama Pemanca/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Kaum di kawasan Daerah Bau Anjuran bersama Pusat Service Sarawak Kuching dan Pejabat Daerah Bau.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Sarawak Pass, Service Sarawak dan TALIKHIDMAT di samping memberikan perkhidmatan dan khidmat bantuan berkaitan Kenyalang Gold Card (KGC), Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) serta pemohonan Senior Citizen Health Benefits (SCHB) bersama Pemanca/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Kaum di Daerah Bau.