Tahniah kepada pegawai-pegawai SCSDU mewakili Sarawak ke SUKSEM: Terengganu 2024.

Disiarkan pada 21 Oct 2024
Sumber Berita: SCSDU
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Tahniah kepada 4 orang pegawai SCSDU yang telah dipilih mewakili Sarawak ke Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) yang diadakan di Terengganu Darul Iman bermula dari 15 sehingga 19 Oktober 2024 lepas.

Encik Addahri Bin Mahmud telah Berjaya membawa pulang gangsa di dalam acara badminton.

Puan Nur Najihah Khairiah binti Samsumin pula mendapat tempat ke-4 di dalam acara bola jaring.

Encik Fraddie Tikes Bajan mendapat tempat ke-4 di dalam acara bola sepak.

Dan encik Muhammad Yazid bin Saad Berjaya mencapai peringkat Quarter-Final di dalam acara E-sport.

Dalam temasya sukan kali ini, Sarawak mengumpul 23 mata keseluruhan dengan meraih 2 perak dan 3 gangsa.













 


© Jabatan Premier Sarawak. Hak Cipta Terpelihara.


Kemas Kini Terakhir Pada 08 Jan 2026

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image Penilaian
image Pengumuman