Akademi Sains Malaysia - Kunjungan Hormat Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Jabatan Premier Sarawak

Disiarkan pada 21 Aug 2023
Sumber Berita: Akademi Sains Malaysia



ASM pada 21 Ogos 2023 menerima kunjungan hormat Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Jabatan Premier Sarawak. Delegasi diketuai Pengarah Unit berkenaan, Puan Grace Huong Siew Hung.

Dalam pertemuan ini, Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib, berkongsi mengenai inisiatif ASM dalam pengurusan data. Antaranya adalah usaha ASM mengurus, menganalisis dan menyediakan data-data kajian supaya boleh digunapakai orang awam, contohnya seperti inisiatif 10-10 MySTIE, Science Outlook, Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dan juga Program Pendigitalan & IoT untuk Biodiversiti.

Sementara itu, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Jabatan Premier Sarawak turut menyatakan niat bagi potensi kerjasama digitalisasi dan pengendalian data dengan lebih cekap. ASM menyambut baik hasrat berkenaan dengan sedia memberi sokongan dalam bentuk latihan dan pengetahuan.


Petikan Berita: https://www.akademisains.gov.my/asm-focus/kunjungan-hormat-unit-digitalisasi-perkhidmatan-awam-jabatan-premier-sarawak/