Utusan Borneo - Agensi kerajaan sedia perkhidmatan dalam talian

Disiarkan pada 29 Jan 2024
Sumber Berita: Utusan Borneo


2024-01-29T18:26:58+08:00

KUCHING: Pelbagai agensi kerajaan negeri ini telah menyediakan perkhidmatan dalam talian selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak menuju ke arah pendigitalan.

Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) Grace Huong Siew Hung berkata, setiap agensi kerajaan negeri mempunyai laman web sendiri untuk diselenggara dengan tujuan untuk berkongsi maklumat korporat, fungsi, direktori kakitangan dan perkhidmatan agensi masing-masing. 

Menurut beliau, ke arah itu adalah penting bagi juruweb untuk mengemas kini dan memaparkan perkhidmatan agensi di tapak web.


Petikan Berita:
https://www.utusanborneo.com.my/2024/01/29/agensi-kerajaan-sedia-perkhidmatan-dalam-talian