Penempatan Kiosk Service Sarawak Maludam

Disiarkan pada 26 Jan 2026
Sumber Berita: Edisi UKAS
MALUDAM: Penempatan Kiosk Service Sarawak di kawasan ini memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak, termasuk pembayaran bil serta pendaftaran dan pengemaskinian SarawakPass secara layan diri.

Sehubungan itu, satu mesyuarat dan tinjauan tapak bagi cadangan penempatan Kiosk Service Sarawak  telah diadakan di sini, baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut melibatkan wakil Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU) bersama Penolong Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Maludam Noraini Aden, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Maludam serta kaunselor tempatan.

Difahamkan, perbincangan memfokuskan tinjauan keperluan penyediaan perkhidmatan kiosk dengan mendapatkan maklumbalas daripada pihak penduduk tempatan.

Penyediaan kiosk ini disambut baik oleh masyarakat luar bandar kerana ia membolehkan penduduk Maludam mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih cekap, selamat dan bersepadu, tanpa perlu bergerak jauh ke bandar.

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan harian rakyat, malah turut meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada komuniti luar bandar.

Pelaksanaan kiosk ini selaras dengan prinsip Sarawak Pass iaitu “Satu Platform, Pelbagai Perkhidmatan”, yang berperanan sebagai pintu gerbang tunggal, selamat dan dipercayai untuk mengakses perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak.-EDISI UKAS



Sumber:

FB UKAS

Edisi UKAS


© Jabatan Premier Sarawak. Hak Cipta Terpelihara.


Kemas Kini Terakhir Pada 08 Jan 2026

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image Penilaian
image Pengumuman