4 Disember 2025 - SCS Cybersecurity Week 2025, Perkukuh Budaya Keselamatan Siber Perkhidmatan Awam Sarawak Kerajaan Sarawak terus memperkukuh budaya keselamatan siber dalam Perkhidmatan Awam negeri melalui penganjuran SCS Cybersecurity Week 2025, yang berlangsung dari 1 hingga 4 Disember 2025.
SCS Cybersecurity Week 2025 telah berjaya dianjurkan oleh SCSDU, bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.