Lawatan Tapak ke Sungai Tujoh, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
Disiarkan pada 03 Dec 2024
Sumber Berita: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak Facebook
3/12/2024 - Delegasi SCSDU telah melakukan lawatan tapak ke Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sungai Tujoh. Lawatan ini adalah sebahagian daripada projek “proof of concept” (POC) untuk pemasangan Sistem Pas Sarawak.
Delegasi SCSDU turut bekerjasama dengan wakil daripada Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) dalam usaha menilai infrastruktur semasa, prosedur operasi, dan keadaan di lapangan.
Petikan Berita Facebook Jabatan Imgresen Malaysia Sarawak: https://www.facebook.com/share/p/AucbTrBeypxBwx5L/
